10 Pantai Yang Paling Cantik Di Malaysia

1. Pantai Juara, Pulau Tioman Pahang

Air laut yang sangat jernih. Ramai datang sini nak tengok flora & fauna dalam laut.  tersenarai dalam 100 pantai yang tercantik di dunia.

2. Pulau Mabul, Sabah Kepulauan Borneo

Pasir putih berseri, laut hijau jernih. Memang mengagumkan.

3. Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu.

Tenang dari hiruk pikuk kota. Macam syurga di dunia. Nak tengok matahari terbenam paling cantik. Kat sini tempatnya. Pulau ni masih belum ramai pengunjung lagi.

4. Pantai Manukan, Sabah Kepulauan Borneo

Selam Scuba, snorkelling, parasailing. Banyak juga aktiviti untuk si “adventure” penggemar sukan rekreasi air kat sini. Ni lah Taman Laut Negara di Malaysia. Banyak terumbu karang cantik-cantik di sini.

5. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah.

Ramai orang tau Pantai Chenang. Sesak dengan pengunjung. Nak kawasan yang tenang sikit? Datang kat sini je. Warna biru lautnya yang sangat menggoda.

6. Pantai Pulau Mataking, Sabah Kepulauan Borneo

Sabah memang terkenal dengan banyak persisir pantai dan pulau yang cantik-cantik, air laut biru hijau jernih. Pantai ni juga salah satu syurga penyelam selain dari Pulau Mabul & Pulau Sipadan. Kawasan persendirian yang macam Maldives. Malaysia pun ada…

7. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang Mersing, Johor.

Ramai beriadah dengan aktiviti tepi pantai disini. Nama asal Pantai Pasir Panjang. Salah satu lokasi yang tak boleh “miss” kalau masuk Johor ye.

8. Pantai Pulau Sapi, Sabah Kepulauan Borneo

Sabah lagi. Asyik betul dengan keindahan alam di sini. Biar gambar berbicara…

9. Pantai Cherating, Pahang

Aktiviti papan luncur. Salah satu aktiviti laut yang menarik kat sini. Yang berani bolehlah cuba.

10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang, Terengganu

Sesuai untuk yang suka mandi manda dan berjemur serta aktiviti-aktiviti tepi pantai.

Malaysia is world heaven. Terpesona betul  dengan keindahan alam semulajadi kurniaan Illahi. 💖💖💖

source: sinarharian.com.my

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *