DOA AGAR SELALU DI RINDUKAN PASANGAN SUAMI DAN ISTERI YANG TINGGAL BERJAUHAN

pharmaonline

Doa ini digunakan agar pasangan lelaki atau wanita yang jauh diseberang sana (tinggal berasingan atas sebab kerja dll.) agar selalu ingat dan merindukan kita yang ada disini. Yang terpenting ialah niat anda yang jelas kepada amalan doa ini anda tujukan.

Misalnya doa ini ingin ditujukan kepada suami anda, maka niatnya harus ditujukan kepada suami dengan nama lengkapnya yang jelas.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(A-li’Imraan 3:14)

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

(Al-Baqarah 2:165)

 

CARA MENGAMALKAN:

Apabila anda ingin mengamalkan atau mewiridkan amalan doa ini. Terlebih dahulu niatkan kepada siapa doa ini ditujukan. Misalnya pada suami, isteri, anak, tunang dan lain2. Jika anda kurang faham apa yang dimaksudkan. Sila lihat contoh di bawah ini.

 

“Saya khususkan bacaan dari  Surah Ali Imran ayat 14 dan Surah Al Baqarah ayat 165 yang manfaat nya agar suami saya Zainal Bin Ahmad selalu merindukan saya, selalu menyanyangi saya dan selalui mencintai saya kerana Allah SWT.” Amin.

(Anda boleh perbaiki lagi niat ini dengan sususan ayat yang lebih jelas dan terperinci)

 

Kemudian bacalah 2 potangan ayat itu sebanyak 7 kali ulangan. Amalan ini dilakukan selesai solat fardhu secara istiqomah.

 

SUMBER DARI: Rawatan Alternatif Islam – Akubukandukun